Percutian ke Pakistan Musim Sejuk 8 Hari 6 Malam

Percutian ke Pakistan Musim Sejuk 8 Hari 6 Malam

Selamat Datang

Selamat datang ke Laman Web Percutian Ke Pakistan Musim Sejuk 8 Hari 6 Malam (Islamabad - Skardu - Chunda - Murre).


Pakej Pakistan 2022/2023  (Islamabad - Skardu - Chunda - Murre)   (Code : RBTT-ZS)

Tarikh Harga Penerbangan
Jumlah Pax Status
22 - 29 Disember 2022 (8H6M)
RM 6,980


20 + 1


19 - 26 Januari 2023 (8H6M)
RM 6,980

30 + 1


ITINERARY

 HARI
ITINERARY
CATATAN
HARI  01

KUALA LUMPUR - ISLAMABAD

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum.
Penerbangan menaiki PIA hampir 6 jam.
Selesai urusan Imigresen & Kastam terus dibawa untuk makan malam dan rehat di hotel.

1 x makan malam

HARI  02

ISLAMABAD – SKARDU

Sarapan dan daftar keluar hotel.
Teruskan penerbangan ke Skardu. Menikmati keindahan panorama dari udara melihat puncak Gunung Himalaya, K2 & Karakoram.
Selesai urusan Imigresen & Kastam di Skardu Airport, peserta dibawa untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Skardu. Lawatan dimulakan ke :-

·       Tasik Kachura

·       Shangrila Resort untuk makan tengahari

·       Kowardo Suspension Bridge

·       Katpanah lake & Tibetan Cold Desert Katpanah 

1 jam penerbangan.

1 x sarapan
1 x makan tengahari
1 x makan malam

Perjalanan dari Skardu ke Khaplu ambil masa hampir 3 jam.

HARI  03

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel untuk kembali ke Skardu.
Perjalanan hampir 3 jam tetapi dalam perjalanan singgah di :-

·   Sarfaranga Cold Desert.

·   Shigar Fort ( if open )

·   Amburiq Mosque

1 x sarapan
1 x makan tengahari
1 x makan malam

HARI  04

Sarapan pagi dan mulakan perjalanan hampir 30 minit ke :-

·       Chunda Valley.

·       Sadpara Lake

Budha Rock Manthal

1 x sarapan
1 x makan tengahari
1 x makan malam

HARI  05

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel terus dihantar ke Airport untuk kembali ke Islamabad. Sekali lagi peserta akan dibawa menikmati panorama indah dari atas ruangan angkasa melihat Mountain Ranges Himalaya.
Tiba di Islamabad, membeli di sekitar bandar & petang menikmati keindahan Sunset di Rawal Dam.

1 x sarapan
1 x makan tengahari
1 x makan malam

HARI  06

Sarapan pagi dan mulakan perjalanan hampir 2 jam 30 minit ke Bandar Murree dan Galiyat. Tiba di sana melawat ker :-

·       Murree

·       Mall Road

·       Kashmir point

·       Patriata Chair Lift Murree.

Kembali ke Islamabad selepas makan tengahari.

1 x sarapan
1 x makan tengahari
1 x makan malam

HARI  07

Sarapan pagi dan mulakan lawatan sekitar bandar. Melawat ke Monument Pakistan, Masjid Shah Faisal.
Kembali ke hotel untuk rehat daftar keluar.
Petang, membeli belah sebelum berpeluang melihat keindahan matahari terbenam di Puncak Monal sambil dihidangkan makan malam yang istimewa.
Peserta dihantar ke airport selepas makan malam.

1 x sarapan
1 x makan tengahari
1 x makan malam

HARI  08

Daftar masuk untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
Dalam pesawat akan diberikan makan malam.
Insya’Allah peserta akan selamat tiba di KLIA pada pukul 1130 pagi dengan membawa seribu kenangan indah di Pakistan.
Alhamdulillah semoga berjumpa lagi…

Penerbangan selama 6 jam ke KLIA.

PAKEJ TERMASUK

  • SMALL GROUP TOUR : XX pax per trip
  • PENERBANGAN : Tiket penerbangan pergi & balik (Pakistan International Airlines)
  • VISA : Servis Visa Pelancong ke Pakistan dan Surat Jemputan
  • PENGINAPAN : Hotel 3/4 bintang
  • MAKAN : Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam
  • BAYARAN MASUK : Bayaran masuk tempat lawatan seperti dalam itinerari
  • TOUR GUIDE : Professional & berpengalaman (English Speaking) + Tour leader (Melayu)
  • TIPPING : Driver & Guide

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • PILIHAN AKTIVITI: Selain dari yang dinyatakan dalam itinerari (jika ada)
  • LAIN-LAIN : Travel Insurance (RM100-200) / perbelanjaan peribadi

SENARAI HOTEL

  • ISLAMABAD : Hotel Grand Islamabad / setaraf


TERMA DAN SYARAT

POLISI PEMBAYARAN

  • Deposit RM1000/pax
  • Bayaran ansuran diterima
  • 90 hari : (50% daripada bayaran perlu dijelaskan – jika melibatkan tiket penerbangan antarabangsa)
  • 60 hari : (50% daripada bayaran perlu dijelaskan – jika melibatkan tiket penerbangan domestik)
  • 45 hari : (bayaran penuh perlu dijelaskan)

POLISI PEMBATALAN

  • Tiada Pemulangan Deposit akan dipulangkan jika peserta mahu membatalkan pakej yang telah diambil. TETAPI peserta boleh memilih salah satu dari pilihan berikut:
  • Menukar tarikh pakej (1 kali sahaja) - tarikh penukaran hanya boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh trip asal ATAU
  • Tukar dengan peserta lain (hanya apabila tiket penerbangan antarabangsa/ domestik belum lagi dibeli)
  • Sebarang pertukaran (pilihan) di atas perlulah dibuat sekurang-kurangnya:
  • 90 hari sebelum trip bermula : hanya 50% daripada bayaran, akan dipulangkan dan (Jika tiket penerbangan telah dibeli, keseluruhan kos penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh peserta).
  • 60 hari sebelum trip bermula : hanya 50% daripada bayaran akan dipulangkan dan (Jika tiket penerbangan telah dibeli, keseluruhan kos penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh peserta).
  • 45 hari sebelum trip bermula : Bayaran penuh yang telah dibuat, tidak akan dipulangkan.

TERMA SYARAT

  • Pihak syarikat BERHAK untuk membuat penukaran pada jadual program yang dicadangkan mengikut kesesuaian dan kelancaran pakej. Sebarang perubahan jadual mungkin berlaku contohnya seperti perubahan pada waktu penerbangan disebabkan oleh faktor cuaca dan sebagainya.
  • Sebarang perubahan yang diminta oleh peserta melibatkan penambahan kos, kos tersebut akan ditanggung oleh peserta.
  • Sebarang perubahan waktu penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami. Pihak kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB jika berlaku perubahan waktu / penangguhan jadual penerbangan.
  • Sekiranya peserta didapati positif covid sebelum pelepasan, pakej peserta boleh dijadualkan semula tertakluk pada kos yang sudah dikeluarkan TETAPI Sekiranya peserta didapati positif covid sebelum pulang ke negara asal/destinasi seterusnya, kos penginapan kuarantin ditanggung penuh oleh peserta
  • Apabila deposit telah dibuat, dengan ini peserta bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat





WhatsApp Kami!